Monday, July 25, 2011

"ETIKA MEMAKMURKAN LAGI PERNIAGAAN" Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011.


Hai-O Marketing telah diberi Pengiktirafan Tertinggi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Disember 2010 lalu. Anugerah disampaikan Menteri KPDNKK, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengurus Besar Hai-O Marketing, Encik Teoh Nee Siang.

Anugerah ini bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf syarikat-syarikat yang mempunyai kod etika perniagaan bagi setiap kriteria perniagaan mereka. Ia telah menerima 56 penyertaan, di mana Hai-O mendapat Pengiktirafan Tertinggi bagi kategori syarikat sederhana. Penilaian dibuat terhadap 32 kriteria penilaian penting yang patut terkandung dalam sesuatu kod etika. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Hai-O amat memandang serius tentang perlaksanaan etika dalam perniagaannya dan ia telah diberi sokongan dan pengesahan daripada Kerajaan.

"Anugerah ini diadakan bagi mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang bukan sahaja mempunyai kod etika perniagaan yang baik tetapi juga mengamal serta membudayakan etika kerja yang cemerlang di dalam organisasinya dan sekaligus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna." KPDN