Wednesday, June 29, 2011

SIAPA ITU USAHAWAN?

Usahawan adalah individu yg mengusahakan perusahaan,
Bermotif untuk memperolehi keuntungan,
Mengamalkan amalan strategik untuk berjaya!
Usahawan berasal daripada perkataan usaha
Ciri-ciri usahawan: daya usaha, kreativiti, inovasi, percaya kpd. diri sendiri, keupayaan mengambil risiko dll.
Usahawan-Takrifan umum.
Seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperolehi keuntungan di samping mengamalkan amalan yang strategik untuk terus berjaya!



KEUSAHAWANAN
MENURUT ISLAM.


Dari sudut Islam, perniagaan merupakan aktiviti penting sejak sejak sekian lama.
Habil, anak nabi Adam telah pelopori bidang pertanian manakala Qabil
mengusahakan bidang penternakan.
Nabi Muhammad juga menjadi pengusaha dengan mengembala kambing semasa baginda masih kecil.
Turut membantu perniagaan bapa saudaranya.


Sejarah perniagaan Nabi Muhammad S.A.W.

#Jujur, amanah, bertanggungjawab, sihat, pintar & pandai mentadbir perniagaan.
#Membantu menguruskan perniagaan Sayyidatina Khadijah r.a sehingga mendapat gelaran Al Amin(amanah).
#Keusahawanan amat digalakkan dlm Islam. Hadis riwayat Tirmizi '9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan.'
#Menurut Islam, perniagaan melibatkan aktiviti jual beli iaitu pertukaran barangan yang dilaksanakan oleh manusia utk. penuhi keperluan kehidupan seharian serta memberi keselesaan hidup.


Aktiviti keusahawanan membolehkan manusia atau pihak peniaga memperolehi rezeki yg halal.
Allah telah berfirman yg bermaksud... Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (terjemahan Surah Al Baqarah 2:275).
Islam anggap keusahawanan sebagai satu ibadah.

Aktiviti perniagaan bukan sahaja penuhi kehidupan manusia tetapi kumpul harta kekayaan di samping membuat amal jariah.

Supaya hidup lebih sempurna utk. diri dan keluarga serta tidak bergantung kpd belas ihsan org lain.

Usahawan berjaya digelar al--Falah iaitu mendapat keredhaan Allah.

Tinggalkan perniagaan yang dilarang dan mendahulukan keredhaan Allah.



Usahawan perlu memiliki akhlak yg mulia, sentiasa jujur, amanah, benar dan bertimbang rasa kpd. org lain.


Pelanggan bukan shj menilai produk tetapi menilai pada keperibadian usahawan itu juga.


Ini akan memberi nilai tambah kpd. usahawan dan pemangkin kejayaannya.


Jom bisnes!  012-2215064   http://kedainam369.blogspot.com/2011/06/seminar-seberang-laut.html







No comments:

Post a Comment